Sejarah Pembentukan Masyarakat Majmuk Di Malaysia
Politeknik Nilai, Negeri Sembilan
Divaasini A/P Baloo 23DRM20F2038
Devina A/P Amaran 23DRM20F2030
Muhammad Hairizal Bin Ramli 23DRM20F2024
Muhammad Ammar Nasri Bin Azahari 23DRM20F2008
Pengenalan
Malaysia kini adalah salah satu negara yang mempunyai pelbagai bangsa,kaum dan etnik di mana-mana
negeri dan Kawasan. Kaum yang pelbagai ini turut mempunyai pelbagai adat resam,budaya, Bahasa
masing-masing. Sebelum abad ke-18 & 19, masyarakat Malaysia terdiri daripada orang Melayu dan orang
Asli dengan sebilangan kecil kaum lain seperti kaum Cina dan kaum
India.
Kaum terbesar di Malaysia terdiri daripada 3 kaum iaitu kaum Cina, India dan Melayu. Masyarakat
majmuk maksud kepada kumpulan manusia yang menetap bersama-sama di suatu tempat dengan
mengikut aturan serta cara tersendiri dan masyarakat ini terdiri daripada beberapa kaum dan bangsa
berpandukan kamus dewan. Masyarakat majmuk adalah pembentukan masyarakat yang Bersatu padu
dan berharmoni dengan damai di sesuatu tempat. Penduduk Tanah Melayu iaitu Orang Asli yang
dikenali sebahai orang Melayu Proto memiliki ciri-ciri melayu Moden dan sistem masyarakat Tanah
Melayu telah banyak dipengaruhi dan diubah sejak kehadiran kaum lain seperti kaum Cina dan Kaum
India.
Senario ini didapati berterusan sehinggalah sebelum tercetusnya Perang Dunia Kedua. Kesan yang jelas
melalui dasar liberal British ialah pembentukan masyarakat negara yang berbilang kaum dan
kepelbagaian cara hidup dan keturunan. Penghijrahan secara besar-besaran ini telah mengubah struktur
kependudukan asal Tanah Melayu.
Pemajmukan masyarakat menyebabkan British mentadbir berdasarkan pendekatan ‘pecah dan
perintah’ di Tanah Melayu. Kaum pendatang dibiarkan untuk mengekalkan identiti dan budaya masing-
masing sementara perhubungan langsung dengan kaum-kaum lain tidak digalakkan. Hasilnya
terbentuklah masyarakat majmuk seterusnya berbilang kaum di negara ini dari semasa ke semasa.
IDENTITI NASIONAL
Identiti nasional terhubung dengan asas kesetiaan atau patriotisme kepada cita-cita bernegara yang
luhur.Ia juga terkait dengan jati diri keMalaysiaan di mana usaha dan pengorbanan dilakukan dengan
bijaksana supaya Malaysia menjadi aman dan makmur.Identiti nasional yang kukuh melalui
penghayatan prinsip Rukun Negara diperlukan untuk kejayaan dan masa depan Malaysia. Setiap
warganegara berbangga dikenali sebagai rakyat Malaysia tanpa mengira etnik, agama dan status
sosioekonomi.
·
Rakyat Malaysia telah menerima Rukun
Negara sebagai lambang identiti nasional. Ia adalah asas utama untuk menjamin
kestabilan politik dan kesejehteraan hidup rakyat.
·
Islam telah diterima sebagai agama
rasmi negara dan lain-lain agama dapat mengamalkan agama masing-masing
denganbebas.
·
Bunga raya adalah Bunga Kebangsaan bagi
negara Malaysia.
·
Jalur Gemilang adalah lambang
kedaulatan negara.
·
Negaraku adalah Lagu Kebangsaan.
·
Baju Melayu, baju kebaya/kurung serta
baju batik adalah pakaian kebangsaan untuk semua rakyat Malaysia.
Sejarah
Pembentukan Masyarakat Majmuk Di Malaysia
Kemasukan buruh Cina dan India telah diggalakkan oleh British demi sektor perlombongan dan
perladangan supaya dapat dikembangkan. Kewujudan masyarakat majmuk di Tanah Melayu telah
diwujudkan dari
kehadiran mereka.
Selepas itu, dengan perkembangan bijih timah dan getah , telah membawa masuk lagi banyak buruh
dari China dan India. Ini menjadikan berlakunya pemberontakan Taiping kerana keadaan ekonomi dan
politik tidak tenteram. Contoh keadaan ekonomi buruh adalah seperti pertambahan penduduk sehingga
penduduk
yang pesat, kekurangan makanan dan sebagainya.
Majoriti penduduk adalah orang Melayu sebelum penemuan tapak bijih timah oleh Long Jaafar pada
tahun 1848. Selepas itu mula beberapa bilangan orang Cina datang sebagai pedagang dan orang India
pula
bekerja sebagai buruh di Tanah Melayu.
Menurut Fisabellah John dalam academia yang bertajuk Sejarah Pembentukan Masyarakat Majmuk di
Malaysia. Sebelum abad ke-18, penduduk di Tanah Melayu dan kepulauan borneo ketika itu
didominasi oleh orang Asli, orang Melayu dan kaum bumiputera Sabah dan Sarawak. Migrasi daripada
luar juga berlaku tetapi jumlahnya terhad. Selain itu, terdapat juga kaum pendatang daripada Sumatera,
Indonesia. Tetapi tidak menjejaskan corak masyarakat ketika itu kerana kaum pendatang ini adalah
daripada rumpun bangsa yang sama (James P. Ongkili, 1985:4).
Pada awal abad ke-18, perubahan dalam struktur masyarakat berlaku di Malaysia disebabkan oleh
fenomena migrasi dari luar yang berlaku akibat faktor penarik yang ada di bumi mahupun faktor
penolak di negara asal masing-masing yang bertanggungjawab mencernakan perubahan yang
berkekalan sehingga ke hari ini. Struktur masyarakat di Malaysia berubah adalah disebabkan migrasi
daripada luar dan juga faktor penolak dan penarik. Migrasi ini berlaku sedikit demi sedikit sebelum
penjajahan barat, tetapi berleluasa setelah penjajahan berlaku. Aktiviti ekonomi dan perladangan
menjadi faktor utama dalam aktiviti migrasi daripada luar terutamanya daripada China dan India.
Menurut B.W. Andaya dan L.Y Andaya (1983:159), masyarakat Cina daripada negara China
sebenarnya ingin keluar daripada hidup penuh dengan kemiskinan dan penderitaan. Oleh itu, mereka
terpaksa keluar berhijrah sehingga ke Tanah Melayu. Kemasukan buruh-buruh Cina ke Tanah Melayu
melalui beberapa cara yang dikenalpasti diusahakan oleh orang Cina sendiri yang telah menetap lama
di Tanah Melayu melalui sistem tiket yang sangat popular. Menurut W.L. Blythe (1953:3), bilangan
buruh Cina yang berhijrah memang ramai dan sentiasa bertambah dari semasa ke semasa. Namun
angka yang tepat sukar ditentukan kerana ketiadaan dokumen yang sah dan kemasukan secara haram
ke Tanah Melayu.
Kemasukkan masyarakat Cina ke Tanah Melayu menunjukkan bermulanya proses pembentukan
masyarakat majmuk daripada pengaruh masyarakat Cina yang semakin bertambah. Pengaruh
masyarakat Cina ke Tanah Melayu telah mengubah corak dan sistem sosial Alam Melayu dan juga
masyarakat Melayu ketika itu. Kedatangan masyarakat Melayu ke Tanah Melayu akhirnya telah
membentuk satu masyarakat baru iaitu Baba Nyonya dan Cina Muslim. Wujudnya golongan baru ini
membawa kepelbagaian atau kemajmukkan masyarakat di Malaysia dan mengambarkan keunikannya
pada pandangan masyarakat luar.
Migran kedua terbesar selepas China adalah kelompok daripada India. Kebanyakan mereka berasal
daripada India Selatan iaitu dari Negapatam dan Madras. India juga mengalami masalahnya tersendiri
yang menyebabkan penduduknya berhijrah ke luar. Suasana di negara itu yang dilanda kemiskinan dan
kebuluran yang mendorong penduduknya berhijrah keluar ke negara-negara lain termasuk ke Tanah
Melayu ketika itu. Migran India datang sejak pembukaan Pulau Pinang oleh Inggeris. Pada waktu itu
bilangan mereka masih kecil dan bertambah setelah Inggeris berjaya benguasai negeri-negeri Melayu.
Selain migran daripada negara China dan India, Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak juga menjadi
tumpuan daripada masyarakat luar seperti dari Indonesia dan Ceylon. Namun, bilangan mereka jauh
lebih rendah berbanding dengan buruh daripada China dan India. Kebanyakan pendatang Indonesia
berasal daripada Jawa, Kalimantan (Banjarmasin), Celebes, Timor dan Sulawesi serta beberapa
bahagain kepulauan yang berhampiran dengan Selat Melaka.. Pendatang daripada Indonesia juga
berbilang suku kaum dan etnik antaranya orang Jawa, Bugis, Minang dan Banjar. Menurut S.N.
Arseculeratne (1991:8), pendatang dari Ceylon kebanyakannya terdiri daripada kaum Sinhalese.
Mereka datang dari kawasan pantai selatan negara tersebut. Mereka datang dengan jumlah yang agak
ramai selepas abad ke-19 berterusan hingga abad ke-20. Kedatangan berterusan ini disebabkan
penjajahan British di Ceylon. Faktor ekomoni adalah bukan faktor utama penghijrahan mereka,
sebaliknya mereka ingin mencari rezeki yang lebih berbanding apa yang mereka dapat di negara asal
mereka (S.N. Arseculeratne,1991:10).
Setelah kemasukan migran daripada luar, bermulalah proses pembentukan masyarakat majmuk yang
berbilang kaum seperti sekarang. Proses pembentukan masyarakat pada mulanya sukar kerana berbeza
fahaman, amalan, ras dan etnik serta kehidupan seharian. Banyak konflik yang berlaku dalam proses
pembentukan ini seperti peristiwa 13 mei 1969. Apabila konflik berlaku dalam masyarakat majmuk,
konflik berkenaan mengikut garisan pemisah ras, bukan garisan kelas. Pengambilan pekerja buruh
daripada luar di buat secara tetap sudah pasti akan menimbulkan masalah sosio-ekonomi dan politik
yang lebih membimbangkan dan bagi mengelak pembentukan masyarakat majmuk pelbagai etnik atau
heterogeneous seperti mana yang cuba dielak oleh negara-negara Eropah Barat dan Telok (Weiner,
1990:143).
Campur tangan Inggeris di Tanah Melayu bermula apabila Francis Light menduduki Pulau Pinang pada
Ogos 1786, menyebabkan kemasukkan migran secara besar-besaran daripada luar. Dalam jangka masa
yang panjang semasa pemerintahan kolonial British di Malaysia iaitu selama lebih satu ratus lima
puluh tahun bermula 1786 hingga 1957. Antara tahun itu, Malaysia telah diduduki oleh Jepun semasa
perang dunia kedua. Walau bagaimanapun, jangka masa singkat itu dianggap tidak mempunyai
signifikan yang besar kepada komposisi dan mobiliti penduduk. Masyarakat homogenis Melayu Tanah
Melayu telah mengalami transformasi kepada masyarakat heterogenios Malaysia yang mengandungi
etnik-etnik Melayu, Cina dan India sebagai komponen utamanya.
Setelah kemasukan migran dari luar akhirnya lahirnya kelompok dari keturunan Cina dan India yang
berasimilasi dengan budaya tempatan seperti kelompok Baba-Nyonya yang berketurunan Cina dan
kelompok Chitty yang berketurunan India. Asimilasi bangsa juga turut berlaku apabila perkahwinan
antara orang asing dengan penduduk tempatan, maka wujud beberapa sub-kategori penduduk berdarah
campuran seperti kelompok Peranakan, kelompok Syed dan lain-lain. Kini kebanyakan penduduk
Malaysia mempunyai darah kacukan Melayu-Arab, Melayu-India, Melayu-Cina dan lain-lain.
Pembentukan masyarakat majmuk di Malaysia bermula apabila kemasukan migran daripada luar.
Proses ini berterusan sehingga penjajahan British di Tanah Melayu. Oleh itu, wujud masyarakat
berbilang kaum, ras, etnik dan bangsa di Malaysia. Kehadiran kelompok-kelompok ini menjadikan
Malaysia sebuah negara yang kaya dengan budaya, adab resam, bahasa dan latar berlakang kebudayaan
yang berlainan. Kemajmukan masyarakat Malaysia menjadikan negara ini menjadi tarikan masyarakat
luar.
Isu yang dihadapi dalam pembentukan masyarakat
majmuk
Dari Segi Pendidikan, British mementingkan ekonomi serta kedudukan mereka sendiri dan
menyebabkan tidak ada perpaduan dari segi Pendidikan. Pasa masa itu, British wujudkan sekolah
vernakular Cina, vernakular Melayu dan vernakular India ini telah dan akan menyebabkan pecahan
mengikut system persekolahan serta hubungan antara setiap kaum akan menjadi renggang. Ini kerana
sekolah-sekolah ini hanya fokus dan pentingkan budaya dan kaum mereka tersendiri. Ini akan
menyebabkan lagi susah untuk membentuk
masyarakat yang majmuk.
Dari Segi Ekonomi . Kebanyakan kaum akan dibezakan sepeti golongan Cina berniaga, golonga India
berkerja di ladang dan golongan Melayu pula bertani. Ini menyebabkan jurang ekonomi antara kaum.
Ini diwujudkan oleh pihak British melalui pecah dan perintah seperti mana dinyatakan sebelum ini.
Kesannya kamunikasi dan interaksi akan berlaku antara kaum mereka sahaja dan tidak dapat
mewujudkan
masyarakat yang majmuk.
Dari segi politik, timbul apabila sesetengah kaum tidak mahu menerima kepimpinan dari kaum lain
yang mana pemimpinya sudah semestinya mempunyai corak kepimpinanya sendiri. Mereka hanya
akan berburuk sangka dan sentiasa mencari salah agar dapat dijadikan bahan untuk menampakkan
kepincangan kepimpinan. Setiap individu mempuyai pegangan dan prinsip mereka sendiri dan setiap
parti dan pemimpin mempunyai agenda mereka sendiri
Halangan Pembentukan
Menurut Mothy dalam slideshare yang bertajuk Implikasi tidak wujud perpaduan kaum dan integrasi
nasional di Malaysia. Salah satu kesanya adalah keharmonian negara terjejas. Keharmonian negara
terjejas bermaksud tidak ada kesepaduan di kalangan rakyat. Contohnya, rakyat tidak mempunyai
matlamat yang serupa dan tidak dikongsikan bersama. ini boleh menyebabkan keamanan negara,
integrasi di peringkat wilayah dan kaum hidup dalam harmoni, keadilan, kerjasama sesama masyarakat
dan dedikasi masyarakat kepada negara tidak dipupuk serta disempurnakan dengan jaya. Seperti mana
yang kita tahu bahawa semua masyarakat inginnya keamanan dan keharmonian namun sia-sia tanpa
usaha daripada pihak pentadbiran negara untuk memupuk perpaduan dan integrasi nasional dalam
negara.
Kesan yang kedua ialah wujudnya masyarakat yang tidak bermoral, tidak bertolak ansur, tidak beretika,
tidak kukuh dalam nilai agama dan kejiwaan. Apabila tidak wujud perpaduan maka secara tidak
langsung akan wujud masyarakat yang tidak bermoral dan bertolak ansur. Apabila wujud masyarakat
seperti ini pergaduhan dan pertelingkahan di kalangan rakyat boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja.
Hal ini tidak boleh dibiarkan kerana sekiranya tidak dibendung, ia boleh menyebabkan kematian akibat
pergaduhan yang teruk. Masalah adalah etnik sangat sensitif sekiranya tidak dihadapi yang teliti.
Kesan yang ketiga ialah dalam aspek sosial. Aspek sosial memang tidak dapat disangkal sebagai satu
cabaran besar yang perlu dihadapi. Tanpa perpaduan komunikasi di antara rakyat tidak berlaku. Tanpa
komunikasi antara rakyat masalah perpaduan sukar untuk dihadapi. Contohnya, sekiranya aspek
sosialisme tidak wujud dalam negara akan wujud kelompok-kelompok kecil di mana kelompok-
kelompok ini menunjukkan jurang di antara masyarakat dalam negara. Jurang antara masyarakat
membawa simbol tidak perpaduan di dalam negara ini sekaligus menyebabkan negara-negara lain akan
memandang rendah kerana tiada keamanan dalam negara. Kesimpulannya, konteks sosialisme adalah
penting dalam negara.
Kesan Pembentukan
i. Politik
Sejak tahun 1874 dasar imigrasi Inggeris berbentuk bebas iaitu tidak mempunyai sekatan terhadap
kemasukan orang asing. Dalam hal ini Inggeris seolah-olah menggalakkan kemasukan orang asing
melalui sistem sistem kemasukan seperti kontrak, dan bebas. Hal ini berbeza dengan tindakan Inggeris
pada 1930an, dengan Inggeris memperketatkan dan menguatkuasa dasar imigrasi dengan bertindak
menghantar pulang orang-orang imigran balik ke negara asal mereka. Selain itu, undang-undang
imigrasi pada tahun 1930an juga menghalang kemasukan baru orang asing ke Tanah Melayu Seperkara
yang menarik tiadanya sekatan terhadap kemasukan orang asing ke negara ini sebelum undang-undang
imigrasi 1930an disebabkan oleh keperluan Inggeris untuk mendapatkan tenaga buruh bagi
menrancakkan ekonomi perlombongan dan peladangan selain buruh bagi melaksanakan pembinaan
prasarana baru seperti pembinaan jalan keretapi dan jalan raya.
Keadaan ini diperkukuhkan lagi dengan kewujudan jabatan Perlindungan Orang Asing bagi melindungi
para buruh imigran daripada tindasan dan penganiayaan para kongsi gelap mahupun majikan. Dengan
wujudnya jabatan ini, ini bermakna buru-buruh ini dilindungi oleh pemerintah Inggeris dan ia
menunjukkan bahawa seolah-olah kerajaan Inggeris menggalakkan kemasukan buruh asing. Ini juga
menjelaskan bahawa terdapat tindakan dan dasar kerajaan Inggeris mempastikan mereka tidak
kehilangan buruh bagi menjana ekonomi Tanah Melayu. Hal ini diperkukuhkan lagi dengan kewujudan
undang-undang buruh yang memerlukan para majikan untuk memberikan kemudahan yang sepatutnya
kepada buruh imigran ini. Dengan keadaan ini ia bukan sahaja menggalakkan kemasukan buruh asing,
tetapi menggalakkan mereka untuk tidak pulang ke negara asal mereka. Hal ini terbukti semasa
kemelesetan ekonomi 1927-1932 orang-orang asing ini keberatan untuk pulang ke negara asal mereka
dan ini menjadi masalah kepada pemerintah Inggeris
Oleh itu, merujuk dasar-dasar pemerintahan Inggeris ini membuktikan bahawa kewujudan masyarakat
majmuk di negara ini adalah hasil pelaksanaan dasar yang berkehendakkan buruh imigran bagi
menjana ekonomi dan membolehkan penjajah mendapat keuntungan ekonomi dengan tidak mengambil
kira permasalahan yang dihadapi oleh masyarakat pribumi.
ii. Ekonomi
Dasar ekonomi komersial, kapitalisme dan bebas yang berlaku menyebabkan perubahan sistem
daripada sara diri kepada sistem komersial. Oleh hal ini, pembukaan tanah dan ladang serta
peningkatan pelombongan bijih timah telah banyak berlaku mendorong kepada wujudnya sistem
ekonomi moden berteraskan industri berasaskan buruh. Disebabkan hal ini maka keperluan pemodenan
prasarana baru yang memerlukan tenaga buruh di perkenalkan dan berlakulah kemasukan buruh-buruh
asing. Selain itu, kerajaan telah menjalankan pelbagai usaha dan strategi untuk memberi peluang
kepada masyarakat Melayu dan bumiputera agar bergiat aktif dalam sektor ekonomi. Pembangunan
ekonomi negara kita dilakukan dengan mengambil kira kedudukan masyarakat yang dilihat
berperingkat agar lebih seimbang melalui dasar-dasar kerajaan dari dulu hingga sekarang.
iii. Sosial
Penekanan aspek ini lebih dijuruskan kepada Dasar pendidikan pemerintahan Inggeris. Melalui dasar
ini dapat dijelaskan lagi bagaimana wujudnya masyarakat majmuk di Malaysia. Melalui dasar
pendidikan yang berteraskan negara ibunda, Inggeris menggalakkan lagi perbezaan kaum dan ia juga
melebarkan lagi jurang perpaduan di Malaysia. Hal ini dapat dilihat melalui tindakan Inggeris yang
tidak menyeragamkan sukatan pendidikan dan pendidikan guru. Sebagai kesan daripada keadaan ini
wujud sukatan pendidikan yang berbeza serta keperluan guru berasaskan tindakan komuniti setiap
kaum di Malaysia.
Sebagai contohnya setiap kaum mengambil inisiatif dengan mengikut sukatan pendidikan serta
mengambil para guru dari negara asal mereka. Keadaan ini menjelaskan bahawa Inggeris tidak
mempunyai agenda bagi menghalang ketidakseragaman dalam dasar pendidikan mereka. Bagi orang-
orang Melayu ia hanya mendapat pendidikan kemahiran bagi mengerjakan kerja-kerja sara diri sahaja
dan tidak memberi peluang untuk mendapatkan kemahiran dan ilmu akedemik. Walaupun wujud
keadaan ini ia dikhaskan kepada anak-anak para bangsawan Melayu sahaja. Dalam hal ini, keadaan
dasar ini sebenarnya menggalakkan lagi kemasukan orang asing kerana mereka tahu bahawa mereka
masih lagi memperoleh pendidikan walaupun di negara asing. Ini juga menjelaskan lagi bahawa
Inggeris sebenarnya menggalakkan kemasukan mereka dan menjaga kebajikan mereka bagi
keuntungan ekonomi penjajah.
Selain itu, kerajaan British telah membina jaringan jalan perhubungan dan pengangkutan seperti jalan
kereta api dan jalan raya. Sistem jalan pengangkutan tersebut menghubungkan antara ladang getah dan
lombong bijih timah dengan kilang mahupun pelabuhan. Hal ini telah menyebabkan perkembangan
sistem pengangkutan dan perhubungan di Tanah Melayu.
Peristiwa 13 Mei
Peristiwa 13 Mei pada tahun 1969 ialah rusuhan kaum yang berlaku dan kemuncak masalah perpaduan
di Malaysia. Tragedi ini yang mengakibatkan kehilangan nyawa serta harta benda dan mempunyai
kaitan yang rapat dengan "Pilihan Raya Umum 1969" merupakan satu titik hitam dalam sejarah negara
Malaysia.
Latar belakang
Isu perkauman dalam pilihan raya 1969.Semasa kempen Pilihan Raya 1969, calon-calon pilihan raya
serta ahli-ahli politik dari kalangan parti pembangkang, telah membangkitkan soal-soal Bangsa
Malaysia berkaitan dengan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu), kedudukan istimewa orang Melayu
sebagai (Bumiputra) dan hak kerakyatan orang bukan Melayu. Hal ini telah memberi kesempatan
kepada ahli-ahli politik yang ingin mendapatkan faedah dalam pilihanraya.
Pada pilihanraya umum 1969 Parti prikatan yang dianggotai oleh (UMNO-MCA-MIC) telah gagal
memperolehi majoriti 2/3 diparlimen, walaupun masih berjaya membentuk kerajaan persekutuan. Hal
ini disifatkan oleh parti pembangkang sebagai satu kemenangan yang besar buat mereka. Jumlah kerusi
yang dimenanginya dalam Dewan Rakyat(parlimen) telah menurun daripada 89 kerusi pada tahun 1964
kepada 66 kerusi pada tahun 1969.
Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Parti Tindakkan Demokratik(DAP) dan Parti Progresif
Rakyat (PPP) menang 25 buah kerusi dalam Dewan Rakyat manakala PAS menang 12 kerusi.
Pihak pembangkang yang memperoleh pencapaian gemilang dalam pilihanraya telah meraikan
kemenangan mereka pada 11 Mei 1969. Perarakan tersebut sebenarnya tidak bermotif untuk
menimbulkan isu perkauman. Malah terdapat segelintir pengikut perarakan (identiti mereka tidak dapat
diketahui) telah mengeluarkan slogan-slogan sensitif berkenaan isu perkauman semasa mengadakan
perarakan di jalan-jalan raya di sekitar Kuala Lumpur. Perarakan turut dijalankan pada 12 Mei 1969 di
mana kaum Cina berarak menerusi kawasan Melayu, melontar penghinaan sehingga mendorong
kepada kejadian tersebut. Pihak pembangkang yang sebahagian besar darinya kaum Cina
dariDemocratic Action Party dan Gerakan yang menang, mendapatkan permit polis bagi perarakan
kemenangan melalui jalan yang ditetapkan di Kuala Lumpur. Bagaimanapun perarakan melencong dari
laluan yang ditetapkan dan melalui kawasan Melayu Kampung Baru, menyorak penduduk di
situ.Sesetengah penunjuk perasaan membawa penyapu, kemudiannya dikatakan sebagai simbol
menyapu keluar orang Melayu dari Kuala Lumpur, sementara yang lain meneriak slogan mengenai
tengelamnya kapal Perikatan — the coalition's logo. Ia berlarutan hingga ke 13 Mei 1969 sebelum
Parti Gerakan mengeluarkan kenyataan meminta maaf pada 13 Mei di atas kelakuan penyokong
mereka. Menteri besar Selangor, Dato' Harun Idris telah mengumumkan bahawa perarakan balas
meraikan kemenangan UMNOakan dijalankan pada pukul 7.30 malam, 13 Mei 1969.
Pembangkang meraikan kemenangan
Peristiwa ini berlaku berikutan pengumuman keputusan Pilihanraya Umum pada 10 Mei 1969. Dr. Tan
Chee Khoon dari parti Gerakan telah menang besar di kawasan Batu, Selangor. Beliau minta kebenaran
polis untuk berarak meraikan kemenangan parti tersebut di Selangor yang menyaksikan 50:50 di
Selangor. Perarakan tersebut menyebabkan kesesakan jalan raya di sekitar Kuala Lumpur. Perarakan
hingga ke Jalan Campbell dan Jalan Hale dan menuju ke Kampung Baru. Sedangkan di Kampung
Baru, diduduki lebih 30,000 orang Melayu yang menjadi kubu UMNO, berasa terancam dengan
kemenangan pihak pembangkang. Di sini letaknya rumah Menteri Besar Selangor ketika itu, Dato'
Harun Idris.
Dikatakan kaum Cina yang menang telah berarak dengan mengikat penyapu kepada kenderaan mereka
sebagai lambang kemenangan mereka menyapu bersih kerusi sambil melaungkan slogan. Ada pula
pendapat yang mengatakan penyapu tersebut sebagai lambang mereka akan menyapu ('menyingkir')
orang-orang Melayu ke laut. Dalam masyarakat Melayu, penyapu mempunyai konotasi yang negatif
(sial). Ada yang mencaci dan meludah dari atas lori ke arah orang Melayu di tepi-tepi jalan.
Langkah-langkah yang diambil untuk mengatasi isu ini:
1. Dasar Ekonomi Baru (DEB) telah dilaksanakan supaya dapat mengurangkan jurang pendapatan dan kemiskinan supaya ia seimbang di bandar dan luar bandar.
2. Memupuk semangat perpaduan dengan bermula di sekolah.
3. Persefahaman dalam satu politik akan mewujudkan masyarakat yang harmoni,majmuk dan bersatu padu. Ini dapat dibuktikan dengan penyatuan politik.
4. Masyarakat harus bertolak ansur dan saling memahami budaya antara satu kaum dengan lain.
Rumusan
Tuntasnya, kemasukan migran luar ke Tanah Melayu pada abad ke-18 telah menyebabkan
pembentukan masyarakat majmuk di Malaysia. Proses ini berterusan sehingga penjajahan British di
Tanah Melayu. Oleh itu, wujud masyarakat berbilang kaum, ras, etnik dan bangsa di Malaysia.
Kehadiran kelompok-kelompok ini menjadikan Malaysia sebuah negara yang kaya dengan budaya,
adab resam, bahasa dan latar berlakang kebudayaan yang berlainan dan menjadikan negara ini menjadi
tarikan masyarakat luar.
Pada hari ini, masyarakat majmuk di Malaysia telah terjadi secara tidak sengaja. Pada awal abad ke-19,
lebih 90% penduduk Tanah melayu adalah melayu. Namun pada pertengahana abad ke 19,
penghijrahan masuk kaum Cina dan India secara beramai-ramai ekoran daripada Dasar Leberal
Inggeris di Tanah Melayu.
Kemasukan imigran di dunia Melayu meninggalkan banyak kesan, sama ada kesan positif mahupun
kesan negatif. Ia bergantung kepada carabagaimana kita melihat dan mentafsir kedatangan mereka.
Namun kehadiran masyarakat luar ke Tanah Melayu telah mencorakkan perspektif masyarakat Melayu,
membentuk budaya baru, mempertingkatkan daya saing dalam sektor ekonomi, melahirkan dimensi
baru struktur politik rakyat dan sebagainya. Pada hari ini, masyarakat majmuk di malaysia terjadi
secara tidak sengaja. Pada awal abad ke-19, lebih 90% penduduk di tanah melayu adalah melayu.
Masyarakat majmuk di Malaysia terdiri dari pelbagai etnik yang dikategorikan mengikut cara hidup,
pola penempatan, pekerjaan dan pendidikan.Terdapat lebih 80 kaum di seluruh Malaysia. Daripada
keseluruhan bangsa tersebut, terdapat tiga bangsa yang paling utama iaitu Melayu, India dan Cina dan
pelbagai etnik yang lain.
Diharapkan kita sebagai rakyat di bawah bumbung Malaysia agar bersatu padu dan mengambil iktibar
di atas apa yang rakyat negara kita telah tempuhi di masa yang lepas dan sama-sama kita menjaga apa
sahaja yang kita kecapi masakini., masyarakat majmuk di negara Malaysia adalah amat penting demi
mengekalkan keharmonian dan kemerdekaan kita.
Masyarakat yang majmuk ini dihasil sejak penjajahan British. Ekonomi telah menjadi aspek yang amat
penting kerana ia merupakan aspek yang menjadikan negara aman dan damai serta ia juga merupakan
isu sensitif. Sejak kemasukan imrigan dari luar, pembentukan masyarakat yang majmuk di negara
Malaysia telah pun bermula. Dengan semua kaum-kaum di negara Malaysia, telah dijadikan negara
kita kaya dengan budaya, adat resam, latar belakang yang unik dan perpaduan antara masyarakat.
Degan ini, kesuluruhan bangsa yang utama di negara Malaysia adalan Cina, Melayu dan India dan
pelbagai etnik lagi. Akhir sekali, setiap pihak harus berkerjasama untuk mengekalkan sejarah
pembentukan masyarakat majmuk ini supaya negara kita masih akan mempunyai suasana yang aman
damai serta masyarakat yang saling memahami , saling menghormati dan masyarakat yang bermajmuk.
Comments
Post a Comment